----------------------------------------------------------------------------------- -->
SELAMAT DATANG KE KAMPUNG DENGIR BUKIT PUTERI MELALUI KUNJUNGAN ANDA DI jemo-redengir.blogspot

Youtube - Dikir Besut

Info Sinar - Suara Komuniti Cakna Anda

Pesawah perlu kerjasama tingkat hasil padi

GERAI – Pejabat Pertanian Daerah memanggil ketua kelompok penanam padi dari kawasan Jertih dan Kuala Besut untuk memberi :penerangan mengenai persediaan penanaman padi musim depan bagi meningkatkan pengeluaran hasil tanaman itu.
Pegawai Pertanian Daerah, Zulkepli Amin Mat Jusoh berkata, Ketua Kelompok Kampung Padang Luas, Tok Motong, Kampung Nangka dan beberapa kampung lain telah diberi penjelasan langkah yang perlu diambil petani untuk mengatasi masalah dihadapi golongan ini.
Menurutnya, taklimat itu juga diadakan berikutan masalah pengeluaran padi yang merosot di beberapa kawasan pada musim ini disebabkan ancaman musuh tanaman dan penyakit termasuk ketidakseragaman menanam padi.
“Menanam padi tidak sama seperti pertanian lain dan ia memerlukan kerjasama seluruh petani di sesebuah kawasan umpamanya sebarang masalah dan perbezaan politik perlu diketepikan dalam penanaman padi jika ingin mendapat hasil memuaskan,” katanya kepada Sinar Harian.
Zulkepli berkata, masalah serangan serangga seperti kutu beruang, ulat gulung daun, bena perang dan beberapa penyakit padi antaranya disebabkan tidak ada kerjasama dalam kalangan petani.
Menurutnya, selain penggunaan racun serangga yang betul, pengawalan secara serentak di satu kawasan adalah amat perlu.
“Masalah sukar mengawal serangga perosak disebabkan petani tidak sepakat menyembur racun bagi mengelak serangga pergi ke petak sawah lain yang belum diracun.
“Sekiranya kerja meracun dilakukan secara serentak masalah ini pastinya akan dapat dikurangkan,” katanya.
Beliau berkata lagi, penggunaan racun yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan usaha menghapuskan makhluk perosak padi tidak akan berjaya.
“Dalam taklimat ini juga, kami menjelaskan agar penanaman padi perlu dilakukan secara serentak di kawasan terbabit untuk memudahkan kerja menuai padi,” katanya yang akan sentiasa memantau penanaman padi pada musim akan datang.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan petani di kawasan Padang Luas Dalam, Pusu Tinggi dan Dengir berdepan masalah penyakit dan serangan serangga perosak menyebabkan pengeluaran hasil padi musim ini merosot.

Read more...

Ayah Pin Kembali ?

Polis nafi Ayah Pin kembali

BESUT - Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan hari ini, menafikan laporan dua buah akhbar bahawa ketua ajaran sesat Ariffin Mohamad atau dikenali sebagai Ayah Pin kembali bergerak aktif di Hulu Besut dan sedang mengumpul pengikutnya.
Katanya pemantauan polis mendapati tiada sebarang kegiatan berlaku di perkampungan peninggalan Ayah Pin di Batu 13, Hulu Besut.
"Polis percaya buat masa ini Ayah Pin masih berada di negara jiran," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya di Ibu Pejabat Polis Besut di Kampung Raja di sini, hari ini.
Dua buah akhbar itu hari ini melaporkan Ayah Pin, 70, dikesan aktif menghidupkan kembali apa yang dikenali sebagai "Kerajaan Langit" pimpinannya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, di sini.
Menurut laporan akhbar itu, pengikut Ayah Pin yang hadir itu ada antaranya datang dari Selangor, Pahang dan Johor dengan menaiki pelbagai kenderaan mewah.
Tinjauan Bernama di perkampungan berkenaan mendapati keadaan di situ tenang dan beberapa penduduk menjalani kegiatan masing-masing.
Namun beberapa penduduk luar dan orang tertentu mendakwa masih wujud kegiatan yang meragukan di perkampungan itu terutamanya pada hari Ahad.
Mereka meminta pihak bertanggungjawab menyiasat kegiatan itu secara terperinci.
Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu Datuk Shaikh Harun Ismail yang dihubungi enggan mengulas tentang perkara itu.

Read more...

Antara Veteran Dengir


Read more...
English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Image Hosting by PictureTrail.com Image Hosting by PictureTrail.com Image Hosting by PictureTrail.com Image Hosting by PictureTrail.com Image Hosting by PictureTrail.com Image Hosting by PictureTrail.com Image Hosting by PictureTrail.com Image Hosting by PictureTrail.com Image Hosting by PictureTrail.com Image Hosting by PictureTrail.com Image Hosting by PictureTrail.com Image Hosting by PictureTrail.com Image Hosting by PictureTrail.com


Copyright 2010@ jemo-redengir [ Powered By : Blogger ] [ Design By : jemo-re ] [ Best View IE 7 & IE 8 ] Resolution 1024 x 768